Nuffnang

Saturday, May 16, 2009

sultan ?? raja ??

tetiba aku terfikir. kenapa ada negeri guna gelaran sultan. ada plak yg guna raja. apa beza antara sultan dengan raja ? kuasa pun berbeza beza ke ? jadi aku pun guna dengan sebaik mungkin teknologi google.

nah rupanya ada lagi satu gelaran. yang di-pertuan besar. hanya negeri sembilan jer yg guna. raja plak perlis pengguna tunggal. negeri2 lain macam perak, selangor, pahang, kedah, kelantan, terengganu ngan johor guna sultan.

pulau pinang, melaka sabah dgn sarawak takde sultan. kesian melaka takde sultan padahal dulu2 melaka laa pencetus sultan. haih

berbalik kepada hal sultan dan raja tadi, memang aku tak jumpa alasan konkrit kenapa ada yg guna sultan ngan ada yg guna raja. (barangsiapa yg tau kenapa boleh bagitau ok)

jadi aku boleh bagitau apa makna sultan dgn raja jer utk kali ni.

sultan - ialah gelaran islam yang mempunyai beberapa maksud sejarah. pada asalnya, perkataan ini ialah kata nama abstrak bahasa arab yang bermaksud "kekuatan", "kuasa", atau "kedudukan pemerintah". kemudian, perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik (iaitu tidak bergantung kepada sebarang pemerintah yang lebih tinggi), tanpa menuntuk jawatan khalifah pada keseluruhannya.

nota: "sultan" ialah gelaran raja untuk salah tujuh daripada sembilan buah negeri melayu, iaitu johor, kedah, kelantan, pahang, perang, selangor ngan terengganu. ketua negara untuk seluruh negara malaysia ialah yang di-pertuan agong yang dipilih antara raja-raja. Gelaran "yang di-pertuan agong" biasanya digelarkan "raja" (bahasa inggeris : king) di negara-negara lain. bagaimanapun, kuasa politik terletak pada perdana menteri.

raja - berasal daripada perkataan sanskrit rājan-, serta kata seasal dengan perkataan latin rex, gaul rīx, dan sebagainya (pada asalnya bererti "ketua puak" atau ketua 'negara kota' yang kecil). pada dasarnya, perkataan ini ialah terbitan vrddhi daripada kata dasar indo-eropah proto*h₃reǵ- yang bermaksud "mengemaskan, menitahkan, atau memerintah".

jadi aku rasa tak beza sangat pun sultan ke raja ke sama jer...yang aku tau kalau kerabat kereta diaorang memang power2 bai. setakat lamborghini tu takde hal punya huhuhuhu

1 comment:

Anonymous said...

Apalah.. dari wikipedia ni!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan