Nuffnang

Wednesday, June 17, 2009

kalau tak silap aku, aku kenal dengan diaorang ni tahun 1995. form 1. pertama kali dengar ingatkan kurt cobain datang malaysia. rupanya memang diaorg ni kat malaysia tapi bukan kurt cobain. time tu zaman grunge nirvana silverchair semua. dressing kalau boleh nak lusuh habis. lagi lusuh lagi layan. jeans tu kalau boleh sejak beli jangan basuh. baru lusuh asli.

tahun 1996 diaorang keluarkan album pertama dibawah label emi. memang grunge habis album ni. aku punya lah fanatik sampai batuk emmett pun nak tiru. masa ni lirik main belasah jer. asalkan ada bunyi sikit-sikit jadi la.

boleh dikatakan aku membesar dengan lagu-lagu diaorang ni. time dulu-dulu mana ada internet jadi perkembangan diaorang ni tak boleh nak ikut sangat. sampai la form 4 baru la berita-berita aktiviti diaorang boleh sampai ke seremban. dengan tanpa segan silu aku fly semata-mata nak tengok gig diaorang. gig pertama yang aku pergi kat matahari bistro dekat-dekat dengan ampang park. sanggup fly pagi walaupun gig pukul 4 petang baru mula.

mengadap diaorang kali pertama memang aku rasa macam tak percaya. ye la dah bertahun tahun asyik dengar lagu je kan lepas tu tiba-tiba dapat tengok depan mata. memang meremang kejap. masa tu nak tegur diaorang pun tak berani sangat. setakat dapat 'hai' jer tu pun habis satu sekolah tau yang aku 'hai' emmett. haha apa punya kodi la. ingat lagi masa gig ni gitar emmett rosak pasal kena tolak-tolak dengan penonton. emmett pun time ni kurus lagi. kena tolak sikit dah goyang hehe.

semenjak tu selalu juga aku pergi tengok gig diaorang ni. selalunya memang best. yang tak bestnya kalau ada instrument diaorang problem. memang potong huhu. sempat juga aku kumpul duit beli kasi jack purcell. memang grunge habis time tu. daripada pergi dengan member sekolah sampai la aku kenal dengan satu pertubuhan penyokong diaorang ni yang dipanggil royalbutterfingers. setiap kali pergi mesti lepak dengan diaorang. kadang-kadang jumpa tanpa gig butterfingers pun ada. atas nama mengeratkan silaturrahim :p

kat bawah ni gambar pertama gig diaorang yang aku pergi. bukan setakat emmett, loque pun kurus grunge abis hehe. loco aku tak dapat ambil gambar pasal abang bonzer tak bagi dekat huhu

masa ni seluar saiz berapa ntah

rambut panjang lagi masa ni

kurus kan. macam tak cukup makan

gitar rosak huhu


tu antara awal-awal kenal diaorang ni. tapi hari tu aku terkejut dengar emmett nak berhijrah ke kanada. persembahan di istana budaya adalah persembahan lengkap terakhir untuk tahun ni. emmett dijangka berhijrah ke kanada selama 5 tahun. bukan kejap tu. aku sempat berkejar ke klia sekadar nak mengucapkan selamat jalan. jumpa lagi dilain hari. barangkali

rambut emmett dah macam apa

rambut budak sekolah


izzy yang suka merayau

bye-bye

chow for now


b u t t e r f i n g e r s

4 comments:

durian! said...

weh, nama aku mana? hah! jangan lupa aku yang teman g matahari bistro tuh!

Bogus said...

eh yer ker...ko ke yg teman ?? haa yer laa aku ingat lagi ko berlagak dengan aku pasal dapat borak dengan kadak kan...ko ingat aku heran ??

Lee said...

typo ke apa?
takkan 1999 baru kenal??

Bogus said...

typo !! tukar dah heheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan