Nuffnang

Tuesday, July 28, 2009

Lima puluh ringgit

"Nanti tolong cash depositkan duit ni yer" pesan wifey.

Sampai depan CIMB gua terus cari parking yang selesa. Park kereta mesti masuk ikut reverse. Baru nampak macam abang-abang. Dah puas hati dengan kedudukan kereta baru gua matikan enjin. Turun kereta sambil jeling kereta sebelah. Hek eleh Saga standard. Kot yer pun cermin tu kasi tinted la sikit. Jangan laa biar terang benderang sampai nampak dalam.

Tengok CDM ada sorang makcik tengah masukkan duit. Nak bagi duit belanja anak dia kat asrama kot. Jangan bagi banyak-banyak makcik, kang tauke snooker gak yang kaya. Gua terus beratur belakang. Selesai makcik tu ambil resit gua mara kedepan. Tekan sini untuk Bahasa Malaysia, tekan situ untuk English. Aku tekan situ untuk English. Baru rare.

Duit 50 ringgit yang agak berkeping-keping tu gua masukkan dalam mesin.

"tet tet teet" sila ambil wang anda yang dikembalikan.

Gua ejas apa-apa yang patut. Mana yang terkelepet gua luruskan. Eh takde pula yang terkelepet. Semua cantik jer tersusun.

Gua cuba masukkan sekali lagi. Kali ni muka Agung gua bagi mengadap kebawah pula.

"tet tet teet" sila ambil wang anda yang dikembalikan.

Gua cuba lipat tengah lepas tu gosok-gosok sikit. Lepas tu terus masukkan balik dalam mesin.

"tet tet teet" sila ambil wang anda yang dikembalikan.

Brader belakang dah dok tertinjau-tinjau. "jap yer bang" gua cuba menjernihkan keadaan.

Gua cuba masukkan duit tu sekali lagi sambil dahi dah berpeluh sikit.

"tet tet teet" sila ambil wang anda yang dikembalikan.

Gua dah rasa macam nak terajang mesin tu.

Tiba-tiba brader belakang tunjukkan sesuatu kat aku. Betul-betul atas CDM tu.

Gua rasa macam nak pitam.

*******

Gua bergegas ke kaunter bank.

"kak tukar duit 50 ringgit baru ni dengan 50 ringgit 3 tahun lepas punya"

Macam mana gua boleh lupa yg CDM tu tak terima duit 50 ringgit baru lagi.

2 comments:

Lee said...

lek ah....
lalat itu normal...

eh..

Anonymous said...

sengal la u..kentinggalan ok...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan