Nuffnang

Tuesday, August 25, 2009

Penghujung wayar (2)

Nampaknya tak ramai yang nak jawab teka-teki kat entri bawah ni. Ke memang tak ramai pun yang singgah kat blog gua ni kah kah kah.

Oklah gua nak bagitau yang menatang kat bawah ni nama dia ferrite beads tapi dalam bahasa melayu dia gua tak pasti pula apa. Mungkin kena tanya kat pelajar yang ambil PPSMI laa kot. Mereka lebih arif.

Cerita dia macam ni. Matlamat utama benda alah ni ialah untuk mengurangkan gangguan magnetik (electromagnetic interference) atau nama pendek dia EMI dan juga untuk mengurangkan gangguan frekuensi radio (radio-frquency interference) atau nama pendek dia RFI

Komputer adalah sejenis benda yang agak bising sebenarnya. Tapi tahap kebisingan komputer ni tak mampu didengar oleh manusia biasa. Kebanyakkan hardware pada komputer ni mempunyai pemproses dan juga oscillator mereka sendiri. Oscillator adalah sebuah sirkuit yang secara terus menerus menghasilkan signal ataupun gelombang. Kesemua oscillator ni berpotensi untuk menghasilkan signal radio berdasarkan kepada frekuensi mereka. Disebabkan juga wayar-wayar ni panjang dan juga solid, ini akan menyebabkan secara tidak langsung wayar-wayar ini kan bertindak sebagai antena dan akan menyebabkan secara tidak sengaja wayar-wayar ini akan menerima dan dan menghantar isyarat sesuka hati mereka. Ini pasti akan menimbulkan masalah dan huru-hara.

Nah kat sinilah ferrite beads ni memainkan peranan sebagai pencekik kepada
EMI dan RFI tadi. Ferrite beads ni akan memusnahkan pancaran isyarat berfrekuensi tinggi yang terhasil dan menukarkannya kepada haba.

Tanpa ferrite beads ni tak mustahil kalau gua taip keyboard ni tapi mouse yang dok klik. Ataupun monitor gua ni boleh view monitor komputer sebelah. Ehmmm...

1 comment:

Lee said...

memang ah... lagu di bawah label EMI mmg ada dimainkan di Radio pelbagai frekuensi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan