Nuffnang
Tuesday, October 13, 2009
Polis main tembak-tembak depan mata aku
SUBANG JAYA 12 Okt. — Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam tiga siri rompakan bank di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lepas ditembak mati dalam kejadian berasingan hari ini.
Lelaki pertama yang berusia 33 tahun ditembak mati di Persiaran Equine Perdana Seri Kembangan berhampiran pusat membeli-belah Jusco pada kira-kira pukul 2.15 petang, manakala kejadian kedua membabitkan lelaki berusia 41 tahun di persimpangan Gohtong Jaya, Genting Higlands pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan ketika ditemui di Equine Perdana mengesahkan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama
Pagi semalam gua pergi The Mall. Ada hal sikit. Lepas tu terus gerak pergi Jusco Equine. Dah setel beli barang terus gerak keluar naik Saga Putih berkilat tak ingat gua. Keluar Jusco belok kiri je nampak traffic light warna hijau. Dalam hati gua memang gua doa 'hijau...hijau...hijau' je. Tapi dah nak jadi cerita sikit lagi gua nak sampai terus tukar jadi warna kuning. Sebagai pemandu yang berhemah gua tekan brek dengan lembut dan terus berhenti.
Sebagai kereta yang depan sekali gua boleh nampak dengan jelas kereta-kereta lain kat simpang tu. Tiba-tiba gua nampak ada satu Pajero warna krim ni langgar divider jalan yang macam tinag-tiang kecil warna oren tu. Dalam hati gua cakap otai gila kereta ni main jalan je tak reti nak sabar. Lepas tu terus kereta tu menghala ke gua. Dalam hati gua cakap lagi ehhhhh jalan licin ke sampai nak langgar kereta gua.
Pajero tu berhenti betul-betul depan gua. Lepas tu keluar dalam 4 orang lebih kurang. Semua pakai sarung kepala. Nampak mata je. Kat badan pula pakai baju kalis pelur yang warna maroon tu. Kalau korang tengok cerita gerak khas mesti tau macam mana punya lah. Beza cuma yang dalam cerita gerak khas tu boleh nampak Norman Hakim la. Yang ni nampak mata je.
Diaorang keluar terus tembak kereta belakang gua bertalu-talu. Lu orang bayangkan diaorang tembak ikut kiri ngan kanan lepas tu gua kat tengah-tengah. Nasib baik tak terkencing dalam seluar je bai.
Tengah adegan tembak menembak tu (serius gua rasa macam main counter strike masa ni) polis yang depan gua lambai tangan suruh gua belah. Gila apa gua nak tunggu situ lagu. Sambil gua tunduk kepala ke kiri gua belokkan kereta gua ke kiri. Nak jadi cerita masa tu semua tengah gelabah. Gua main redah je. Kereta gua gesel dengan ada sebijik Myvi. Boleh tahan dia punya calar sampai kena dua-dua pintu.
Gua berhenti kejap cakap kat amoi tu kita setel kat stesen minyak depan pasal masa tu hujan baru nak turun. Lepas tu terus gi balai trafik buat report.
Tak psal-pasal gua EL malam tu. Gigil bai. Rasa macam nak demam pun ada tapi gua gagahkan juga jadi tak demam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Tak Scofield la kalau gigil bai...
Lee - kalau jadi depan mata Scofield dia pun gigil bai...
bezanya counter strike klu mati boleh main balik..hehe
Siti Hajar - hahah betul gak tuh ek
kete mcmane?
dasat lu bro, kene simpan gambar nak cite kat cucu cicit esok2..
glemer jap blog ko
Siti Hajar - keta claim insurans huhuhu...
pronoton2u - haha...benda terjadi sekali seumur hidup jer ni bro...
bro, nop pajero tu kasi itam la bro
:)
tarecore@lyn - nop tu apa ??
kau biar betul! dramatik sial! btw, bak no pajero. aku rasa naik ni kalau tikam.
durian! - betul laa..takkan aku nak memain plak..no pajero aku tak bleh kasi...tikam no tuh haram
ko dapat pengalaman yang sangat orang lain tak dapat...
Mr_Rizal - boleh laa nanti buat modal cerita kat anak cucu
tunjuk sekali isi kandungan blog ko ni...
pastu ko kat kat cucu ko...
"amacam, kacip tak atuk dulu...!!??"
Mr_Rizal - ni dah bukan kacip lagi dah...ni dah mesin tebu !!
Korang bayangkan si bogus ni buat aksi ala matrix masa nak elak peluru kat traffic light tu... rare...!!
Lee - Neo Matrix pun surrender bai..
Tuan masih dilindungi Allah,harap tuan tak menjerit dalam kereta.Kalau saya berada di tempat tuan, mungkin sudah pitam sebab terkejut bunyi tembakan.Rasa macam tengok 'action movie' baca entri ni.
Bibi - Alhamduliilah masih dipanjangkan umur...tak menjerit tapi tergamam...semuanya berlaku terlalu pantas...
isk² mujur tak apa-apa..syukur
salam bro
azka - salam...alhamdulillah...semua pun ok dah sekarang ni...kereta pun dah sihat :)
Post a Comment