Semuanya bermula masa gua form 2. Gua dulu sekolah asrama. Masa tu form 2 adalah hamba kepada hamba. Kira memang form 2 adalah raja segala hamba. Setakat kena angkat tray, kemaskan katil, belikan makanan, basuhkan baju dan macam-macam lagi tu memang perkara biasa. Sama ada tahan dengan tak tahan je. Kalau tak tahan kena la pergi cari sekolah lain. Ada satu hari tu hari Sabtu kalau tak silap gua, memang dah plan nak keluar outing (siapa yang sekolah asrama tau laa outing tu apa) dan hanya yang sekolah asrama jer tau betapa nikmatnya outing hari Sabtu.
Tapi ada satu hari Sabtu tu nasib malang gua bertimpa-timpa. Dah la kena ketuk ketampi sampai nak tercabut lutut, jadi secara automatiknya aktiviti outing terpaksa dibatalkan. Pula tu kena basuh baju form 5 !! Kalau tak silap nak cecah 1 baldi juga dia punya kuantiti.Ikutkan hati gua memang gua nak rendam dalam baldi jer
lepas tu pijak-pijak guna kaki jer. Tapi memandangkan gua dah pasang niat nak suruh form 2 basuh baju gua masa gua form 5 nanti terpaksa la gua batalkan niat nak pijak guna kaki tu. Bukannya apa, orang kan selalu cakap buat baik dibalas baik.
Rupanya ada hikmah disebalik gua kena basuh baju sebaldi hari tu. Gua dah pasang niat masa tuh yang gua nak jadikan aktiviti membasuh ni menyeronokkan. Jadi dapat duit kalau basuh baju adalah benda yang menyeronokkan.
***
Lepas habis sekolah asrama gua masuk universiti pula. Masa ni basuh baju dah boleh guna mesin. Campak baju tabur sabun tuang softener. Jemur sampai kering. Tapi satu tabiat gua memang gua malas lipat baju. Semua baju gantung jer dalam almari.Gosok baju apa tah lagi. Gua rasa sejak sekolah sampai masuk universiti gua gosok baju tak lebih 20 helai. Rare kan ?
Nak dijadikan cerita masa dekat universiti ni gua satu rumah dengan edotzs dan azrayn (bukan nama sebenar). Yang edotzs ni bapak dia ada buka kedai dobi. Si azrayn pula boleh tahan dia punya programmer. Masa ni gua tak perasan lagi apa kaitannya denga gua. Tapi bila gua dah buka kedai dobi ni baru gua perasan.
Basuh baju > Ambil pakej dobi daripada edotzs > Guna sistem dobi azrayn
Memang ada 'kimia' disitu.
Bersambung...
3 comments:
cam pelik je, spelling azrain2k camtu. ade ghupe nama pompuan plak. hahahahhaa...
nie baru dikatakan chaining effect!
@anon: login la weii ... hehehe
perhhhh Admin tuhhhhh
Post a Comment