Nuffnang

Tuesday, February 16, 2010

Testimonial

Ada yang dah tau ada yang tak tau lagi. Dah nak dekat sebulan gua menjalankan perniagaan perkhidmatan dobi. Dobi ni asal perkataan bahasa Hindi. Kalau dalam english jadi laundry. Dalam Bahasa Melayu gua rasa dobi la kot. Jadi lebih kurang sebulan ni ada la beberapa testimonial yang gua dapat. Nak letak semua memang penuh hardisk blogspot ni kang. Jadi gua letak yang terbaik jer la. Sama-sama jadikan pedoman.

Semenjak mak saya hantar basuh baju sekolah saya dekat washmatic laundry, cikgu kelas asyik memanggil saya untuk menjawab soalan. Bangga saya dibuatnya :p - Azam, Puncak Jalil
 

Gua malas nak cerita panjang, tapi lepas gua hantar basuh baju kat kedai dobi wahsmatic ni, mak gua tak pernah membebel pasal bau hapak jeans gua lagi. Senang hati gua - Mali Rockers, Taman Equine
 

Saya suka hantar iron baju dekat washmatic laundry ni. Baju-baju yang di iron semuanya kemas dan rapi. Kini walaupun dengan hanya berjalan kaki saya dapat rasakan perjalanan saya lebih aerodinamik. Terima kasih washmatic !! - Encik Othman, Putrajaya

Dulu anak makcik suka meragam masa nak tido malam, tapi lepas makcik hantar basuh comforter kat washmatic laundry ni anak makcik tido lebih nyenyak. Entah apa rahsia basuhan washmatic pun makcik tak tau. Tapi makcik memang puas hati - Makcik Suraya Ismail, Warung nasi lemak simpang
 

Saya ni kerja pomen kereta. Hari-hari baju kena minyak. Dulu kalau dah penuh sangat minyak kat baju ni saya terus buang je. Tapi sekarang tidak lagi. Saya hantar baju kat kedai dobi washmatic dan baju saya boleh diketegorikan sebagai 'boleh pakai lagi'. - Karim Saad, Bengkel Kereta Ah Poon
 

Teruja aku dibuatnya masa pertama kali hantar baju dekat washmatic laundry ni. Dia punya resit print guna pc bai. Tak main dah tulis-tulis tangan ni. profesional dan canggih !! - Nazri Roni, Pegawai pemasaran

Hik3...

8 comments:

dokterFaryn said...

lawak lah ko ni.
HAHAHA.


serius, teringin aku nak melawat kedai ko. kot-kot leh antar dobi ke sana. tapi bapak jauhnye.hehhhe

Qibs said...

lawak pulak komen-2, bunyi hang mengolah ikut style hang ja nie ahahah

durian! said...

peh, noni..jakun sial.

Bogus said...

ada lg testimonial baru...nanti aku update

durian kerusi rotan aku mana ??

Unknown said...

testi ni yang macam tak convicing... Karim Saad...!! tak rosak ke mesin kat kedai ko..? ahaks

Bogus said...

ada chemical special untuk hilangkan minyak der...

Admin said...

perghhh...dasat btul testi2 nie sume..tp part yg last skali tu paling mantap! hehehehhe...:p

Bogus said...

sistem baru bila nak siap ?? leceh nak edit2 time kena hari jumaat pasal jumaat kan cuti ngeh3...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan