- Polis
- Askar
- Doktor
Tetapi gua nak tegaskan kat sini yang gua memang ada satu cita-cita yang agak 'rare'. Cuma masa tu gua memang tak tau macam mana nak terangkan cita-cita gua ni kat cikgu-cikgu gua. Lagi satu gua cuba elakkan kan supaya tak nampak yang gua ni advance sangat. Nanti tak pasal-pasal jawatan ketua pengawas terlepas ke tangan gua. Masa gua darjah 6 sekolah dengan sepakat melanti Hafiz jadi ketua pengawas. Gua rilek jer pasal gua memang malas nak jadi ketua pengawas. Bukannya apa nanti hari Isnin masa perhimpunan kena baca doa. Gua taknak nanti kes tersasul baca doa makan masa perhimpunan jadi bahan kutukan gua seumur hidup. Tak sanggup bai.
Berbalik pada kes cita-cita tadi, apa yang gua nampak cita-cita zaman gua sekolah rendah dulu agak kurang relevan dengan zaman sekarang ni. Ye la kalau semua dah nak jadi polis siapa pula nak jadi orang jahat kan ? Tapi bukan la gua nak jadi orang jahat. Gua sebenarnya nak kawal selia benda kat bawah ni. Memang style.
Kalau orang tanya kerja apa ? Gua jawab dengan penuh konfiden....pandu tower crane
Rare
Ok sekarang gua dah tau macam mana benda alah ni boleh jadi makin tinggi. Gua ingatkan dulu diaorang jack daripada bawah. Hik3
7 comments:
ada style bro :) sekarang ni lu jadi apa?
gua jadi salah satu daripada yang disenaraikan...hik3
Masa darjah 1 aku ckp nak jadi Pegawai Daerah... dan cikgu buat muka tahan gelak... nape ek?
mmg lu ada gaya bai...
perghhh mmg rare beb ... tp wa dulu nak jd kelasi ... huhu
kelasi ?? pengaruh cerita popeye la ni hik3...
ko kena sediakan list kerja untuk anak ko nanti. setiap budak darjah 1 wajib kena jawab soalan ni kat sekolah...
Post a Comment