Nuffnang

Thursday, June 17, 2010

Paul Smith

Gua nak gelak pun ada. Kesian pun ada. Tapi orang-orang yang jenis macam ni tak boleh dibuat layan sangat. Nanti karang pijak kepala.

Satu hari dikedai dobi gua.

Brader : Dik seluar ni abang pakai tetiba koyak la. Abang rasa chemical sabun kedai dobi adik ni kuat sangat. Kain ni dia jadi macam keras dengan mereput sikit.


Gua : Tak pernah pula kastemer saya yang lain komplen baju diaorang mereput bang. Tapi takpe la dah abang cakap seluar ni tetiba koyak kan jadi saya kena bayar ganti rugi lah.


Brader : Abang beli original ni dik. Paul Smith ni.


Gua : Ok kalau macam tu saya cuba cari seluar yang sama macam ni lebih kurang. Jumpa jer saya terus call abang. Beli kat mana ni ?? Harga lebih kurang berapa ??


Brader : Abang beli Paul Smith original ni dik. Harga kalau tak silap dalam 80 ringgit macam tu la. Dekat pertama kompleks.
Ok untuk pengetahuan semua butik Paul Smith hanya ada 1 jer dalam Malaysia ni dekat KLCC dan mereka mengamalkan dasar tutup pintu (ada duit baru masuk)

Dan yang lebih penting harga seluar Paul Smith ni tiada yang bawah 500 ringgit.

Hujung minggu ni gua nak turun uptown nak cari sebijik seluar original Paul Smith brader tu. Harap-harap dia simpan buat seluar raya.

Hik3...

4 comments:

Mr_Rizal said...

ko buka kedai kat kampung mana nih!!?

Bogus said...

kampung yang sangat2 kampung..hik3

Fara said...

abg tu baru smp dri UK kot

Bogus said...

UK tak mungkin...kalau jawa timur boleh jadi...hik3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan