Nuffnang

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Perbandaran

Akhirnya Isnin kelmarin setelah hampir 7 (TUJUH) bulan gua menjalankan perniagaan barulah lot kedai gua dilawat oleh pihak berkuasa tempatan. Malangnya masa tu gua tiada dikedai. Kalau tak memang nak kena sound.

Wifey gua yang layan. Alih-alih dia suruh turunkan banner yang gua gantung kat depan kedai. Setelah 7 bulan silih berganti banner tu baru kelmarin mereka-mereka ni nak suruh turunkan ? Memang kejadah la kan. Ugut nak saman kalau tak turunkan. Wifey bagitau tunggu gua balik nanti gua turunkan.

Gua sampai je mereka-mereka ni dah tiada. Gua hangin satu badan. Gua syak musim-musim nak raya ni memang akan ada banyak operasi. Nak tingkatkan KPI barangkali.

Cargas gua telefon majlis perbandaran ni tanya kalau nak mohon permit 1 bulan berapa ringgit. RM20 je untuk sebulan. Gua nekad nak mohon untuk 5 bulan sampai hujung tahun.

Download borang permohonan permit sementara daripada website majlis perbandaran berkenaan dan isi apa-apa yang patut mengikut arahan

***

Pagi tadi gua bergegas ke majlis perbandaran berkenaan. Orang tak ramai. Petanda baik.

Tapi petanda buruk bagi gua bila sampai kaunter minah tu minta lesen kedai.

"Dalam borang ni dia suruh bawa salinan pendaftaran perniagaan je, lesen tak sebut pun?" tegas gua.

"Encik ambil borang ni dimana ye ? Website kami ke ?" tanya minah berkenaan.

"YA" jawab gua padu.

"o0o0o kalau yang dekat dalam website memang tiada tapi kalau encik ambil dekat kaunter pertanyaan tu ada yang terkini dia tulis suruh bawak salinan lesen kedai" jawab minah berkenaan tanpa rasa bersalah.

Cipet. Gua berlalu pasrah.

Pula tu gua lupa nak tekankan yang untuk permit ni maksimum selama 3 bulan sahaja. Ada deposit RM40. Gua tak berapa paham sebenarnya pasal deposit ni. Alasan diaorang lepas habis tempoh permit kena cabut balik banner supaya tak jadi macam sampah sarap. Entah apa-apa. Takkan gua nak buat depan kedai gua macam tong sampah pula kan. Haih

Majlis majlis, hati kau keras....

2 comments:

Unknown said...

haha... tau dah sapa yang selalu turunkan banner kedai ko selama ni...!!
//agak kalau banyak sangat birokrasi, report je kat karam singh walia... sure terus lulus...

Bogus said...

ni banner depan kedai bro..bukan banner kecik kat simpang2...dah 7 bulan buka kedai baru sekarang nak sampai...huhuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan