Nuffnang

Wednesday, August 18, 2010

Washmatic Laundry

Hari ni genap 7 bulan gua buka kedai dobi. Macam-macam ragam pelanggan yang gua jumpa. Ada yang ok ada yang cerewet. Biasalah tu dah nama pun manusia. Lain padang lain belalang.

Tapi apa yang gua nak bagitau kat sini bukan pasal ragam sebaliknya pasal kata panggilan.

Saya
Gua
Aku
I
Den

Dan banyak lagi kata panggilan diri orang pertama tetapi gua menten guna saya. Setakat ni ekselen tak pernah terbabas lagi.

Masalah sekarang ni wujud untuk kata ganti diri orang kedua iaitu customer gua.

Anda
Encik
Engkau
Saudara
Awak
Dikau
Kalian
Tuanku
Kamu

Setakat ni gua masih gagal nak guna walaupun satu daripada senarai kat atas ni terutamanya encik. Gua dah macam terbiasa guna abang, kakak atau adik. Mana yang gua nampak macam rock-rock sikit tu gua panggil bro jer. Baru nampak mesra.

Tapi hari tu ada satu kali gua pergi basuh kereta, pakcik owner kedai tu boleh panggil gua encik. Pencen kerajaan kot.

Ke gua pun kena panggil customer gua encik ?

Haih.

4 comments:

pakd0 said...

test p0wer skali..
panggil encik..

Bogus said...

blom yakin lagi huhuhu

Mr_Rizal said...

tak pun ko try,
mr. atau miss...
mesti ko biasakan

Bogus said...

miss kadang2 kat amoi jer...mr tak penah lagi huhuh

sir penah...mcm mengadap sir alex ferguson hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan