Nuffnang

Thursday, January 6, 2011

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Sejak gua mula belajar puasa, pengumuman daripada pakcik ni memang yang paling dinanti-nanti. Dan gua percaya dalam banyak-banyak manusia dekat muka bumi ni, pakcik ni la antara orang yang paling dipercayai. Mana taknya kalau dia cakap hari raya tunda tahun depan pun semua percaya kot. Lagi satu gua rasa kerja dia paling senang kot dalam dunia ni. Setahun kerja 4 kali je. Tu pun tak sampai 5 minit. Tapi dia punya pengangan memang padu. Cuba korang try masa dia tgh bagi pengumuman raya tu korang tutup tv. Mau kena tapak hahaha

Tapi masa mengatasi segalanya. Dah makin lanjut umur pakcik ni. Nak tak nak terpaksa la turunkan takhta.


2011/01/06
KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha, akan bersara esok.


Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.
Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.
Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.


Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - BERNAMA


Jadi kepada yang berminat boleh la apply jawatan ni esok yer.



Ok gua berdebar raya akan datang ni siapa yang akan bagi pengumuman. Harap-harap tak tersasul.

2 comments:

harris said...

apa ke bodohnya melayu sekor ni.
kalau kerja orang tua tu baca skrip tu je, anjing pun boleh belajar!

Osama Laden said...

maap ye sedare, anjing x boleh belajar membace & elakkan membodohkan org. & Allahyarham Tan Sri bukan sebarang org tua, meh baca ni sampai abis

http://penaminangreturn.blogspot.com/2012/12/belansungkawa-buat-tan-sri-ibrahim.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan