Nuffnang

Wednesday, February 16, 2011

Pekerja

Semenjak gua buka kedai dobi ni, keperluan pekerja memang sentiasa perlu. Mana taknya kalau takde pekerja secara automatik wifey akan buat kerja-kerja ironing dan gua pula kerja-kerja membasuh dan melipat. Masa awal-awal buka dobi dulu boleh tahan lagi. Sekarang ni load makin bertambah. Nak tak nak kena ada pekerja gak.

Pekerja pertama gua perempuan. Ye lah takkan lelaki nak buat kerja-kerja ironing kan. Jenis yang kurang bercakap. Buat kerja ikut rentak load. Load kurang kerja perlahan. Load banyak gelabah tak tentu hala. Bertahan 2 bulan. Alasan berhenti kerja pasal ikut suami. Ntah yer ntah tidak pasal gua macam terperasan dia tengah syampo kepala orang kat satu saloon tuh. Ah lantaklah.

Pekerja kedua perempuan gak. Reti cakap melayu slang sini. Slang indon kurang. Ada pengalaman kerja dobi. Suka menyanyi gua cakap lu. Kualiti kerja ok cuma dari segi kepantasan agak kurang. Tahan 2 bulan juga. Alasan berhenti kerja pasal ikut suami (lagi).

Pekerja ketiga perempuan. Budak lagi. Bahasa memang out. Kadang-kadang tak paham apa yamg dia cakap. Eh bukan kadang-kadang tapi selalu !! Yang ni ok dari segi sembahyang pasal dia sembahnyang. Kualiti kerja ok ok jer. Bertahan 2 bulan juga. Alasan nak balik kampung. Pelik gua apasal semua suka 2 bulan.

Pekerja keempat perempuan juga. 1st day datang kerja pakai tudung siap berkosang bagai. 2nd day dah cuti. Alasan sakit. Hari ketiga setengah hari. Lepas tu tak datang terus. Malas gua nak tanya.

Pekerja kelima orang tempatan. Baru habis SPM. Bapak dia yang call tanya pasal kerja. Memang macam-macam yang ditanya dari soal keselamatan sampai lah ke MC. Bai lu kerja dobi jer kalau sakit bagitau je la. Tak payah nak ber mc mc. Masa 1st day kerja tu bapak dia hantar. Bukan macam-macam jenis pesan dia pesan kat gua. Gua iyakan jer. Tengah hari budak tuh cakap nak keluar makan. Terus tak balik dah. Kejap tu bapak dia call cakap anak dia tak jadi kerja. Alasan panas. Kira dia kerja 3 jam jer. Memang rekod. Haih.

Pekerja keenam adalah pekerja yang ketiga tadi. Dia call bagitau tak jadi balik kampung. Padahal bukan gua tak tau dia mintak berhenti pasal dapat gaji sikit. Yerlah dah kau tak datang kerja sampai 4 hari. Harus la gua tolak gaji kan. Tu pun satu dah tau gaji macam sikit apsal tak tanya. Huhuhuhu

Ok nanti gua sambung pasal pelanggan plak yer.

2 comments:

Republic Aku said...

itu biasa bro....dalam tangan gua ada 7 org....sendiri mahu ingat la..macam2 peel...kiki

Bogus said...

lu memang tabah !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan