Nuffnang

Monday, May 23, 2011

Dobi vs Doktor

Gua nak cakap banyak pun tak guna. Kerja-kerja pendobian ni sebenarnya tak lari jauh dengan kerja-kerja doktor. Lu orang mesti selalu tengok drama melayu kan. Kalau doktor tu gagal selamatkan mangsa, apa yang diaorang cakap ?

Doktor - Kami telah cuba sedaya upaya...tapi maaf...Tuhan lebih menyayangi...

Dalam kes kedai dobi pula, kadang-kadang customer akan hantar baju yang dah turun warna. Melekat kat baju yang dia hantar tuh. Putih boleh jadi biru, kuning boleh jadi merah.

Nak cakap berjaya kembali pada warna asal kami tak boleh janji. Tapi kami cuba. Kalau tak jadi kami akan jawab...

Washmatic - Sorry bang...kami dah cuba sedaya upaya...dah macam-macam cara kami cuba...semua jenis chemical kami dah letak...tapi gagal...

Amacam ??

2 comments:

Fara said...

kalau jadi kat baju aku, aku tak bayar kot :P kalau doc ade post mortem, dobi pun bleh ade tak agaknye ? :P

Bogus said...

ikut prosedur kalau stain tak hilang mmg kitaorang takkan charge...post mortem ?? kitaorang siap ada meeting seluruh ahli persatuan dobi tau...kah kah kah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan