Nuffnang

Friday, October 7, 2011

Kemalangan tidak berbau

Tetapi kentut berbau.

Entah macam mana gua boleh keluar simpang tanpa nampak ada kereta sebijik meluncur laju dari sebelah kiri. Tiba-tiba jer GEDEGANGGGGG !!

Masak !!

Turun-turun jer terus tengok kereta. Remuk !! Patah hati dibuatnya. Terus meluru ke kereta mangsa. Dalam hati dah terfikir masak la ni silap-silap gua kena pukul.

Sekali tengok yang bawa kereta tu Ganesh. Pernah satu ofis dengan dia dulu. Lega sikit. Takkan dia nak pukul gua kan. Dia tengok gua pun dia terkejut. Boleh jadi dia dah stenbai nak amuk kot tapi tak jadi.

Terus gi workshop kat Equine Park. Fotostat apa yang patut lepas tu terus gi kedai dobi. Ada satu customer ni baju dia tak siap. Jadi gua offer hantar lepas tutup kedai. Suruh dia tulis alamat. tutup kedai pukul 9. Pukul 10.30 baru jumpa rumah dia. Nak tau apsal ? pasal ada gak orang yang tak hafal no rumah. No rumah dia 14 tapi yang dia tulis kat gua no 42. Amacam ? Sampai gua main redah jer rumah yang ada kat lorong tuh.

Malam tu terus amik EL. Ye la sok nya nak kena balik Melaka pinjam kereta adik gua. Kang dah hantar workshop kereta ni mana ada kereta lain nak guna. Takkan nak naik skateboard plak.





Semalam balik Melaka gua sempat singgah kubur arwah ayah gua. 6/10 genap 6 tahun ayah gua pergi. Kejap betul masa sekarang ni. 6 hari rasa macam baru 6 bulan jer.


Al-fatihah...

3 comments:

Mr_Rizal said...

kau ni.. takde orang lain ke ko nak bersentuhan manja..!! gambar keta ganesh takde ke? request nih..!

Bogus said...

ni bukan ganesh p2i laa

Mr_Rizal said...

"Sekali tengok yang bawa kereta tu Ganesh. Pernah satu ofis dengan dia dulu." statement ko ni mengelirukan..!! patut ganesh relax je datang opis macam takde perkara buruk berlaku pada dia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan