Nuffnang

Wednesday, January 1, 2014

10 Negara Dengan Internet Paling Laju

Semua orang tahu apa yang boleh dilakukan melalui internet dari belajar, bekerja, berhibur dalam macam-macam tidak kisahlah sama ada anda menggunakan gajet mudah alih atau PC di rumah.


Tapi tahukah anda 10 negara yang mempunyai internet yang laju di dunia ini?

Dibawah ini adalah senarai 10 negara yang mempunyai internet terpantas hasil kajian oleh penyedia trafik yang popular di seluruh negara, Akamai Technologies.

1. Hong Kong

Hong Kong mempunyai penduduk sebanyak 7.2 juta orang. Keluasan negara adalah 1,104 kilometer persegi (Malaysia 329,847 kilometer persegi) dengan kelajuan internet 65.1 Mbps. Anda boleh muat turun filem HD yang berkapasiti 1GB mungkin dengan hanya kurang 3 minit?

2. Korea Selatan

Kalau ada yang pernah ke negara ini, mereka pasti bersetuju Korea Selatan memang mempunyai kepantasan internet yang mengagumkan dan anda boleh mendapatkan wifi di kebanyakan tempat dengan percuma! Ia ditambah dengan industri game online yang semakin bercambah.
Ada yang menyatakan kadar untuk membeli kelajuan 100Mbps hanyalah kira-kira RM100 saja. Kini Korea Selatan mempunyai purata kelajuan internet selaju 53.3 Mbps.

3. Jepun

Negara yang bukan saja terkenal dengan 'manga' atau komik ini tetapi juga mempunyai kepakaran dalam elektronik. Lihat sajalah nama-nama gah seperti Sony, Panasonic, Nikon, Canon dan banyak lagi. Jepun mempunyai populasi sebanyak 127.2 juta orang.

Kelajuannya? 48.8 Mbps.

4. Romania

Ibu negaranya ialah Bucharest dan Romania mempunyai kepantasan internet 47.5 Mbps dengan populasi seramai 20.1 juta orang. Ia mempunyai industri yang hebat seperti telekomunikasi, aeroangkasa dan persenjataan.

5. Singapura

Populasi Singapura hanya 5.4 juta tetapi ia telah menjadi hab serantau yang popular memiliki kepantasan internet 45.6 Mbps iaitu 59 peratus lebih tinggi berbanding purata kelajuan seluruh dunia iaitu 18.9 peratus.

6. Latvia

Latvia bukanlah negara yang popular di Eropah malah ia juga langsung tidak terkenal dalam penghasilan dan pengeluaran bakat-bakat teknologi tetapi negara itu mempunyai kelajuan internet sehingga 44.6 Mbps.

7. Switzerland

Popular dengan hab sebagai pusat kewangan dunia, Switzerland mempunyai purata kelajuan internet 41.4 Mbps. Ia meningkat sebanyak 3.9 peratus berbanding tahun lepas. Negara ini mempunyai populasi sebanyak 8 juta orang.

8. Israel

Negara ini mempunyai beberapa syarikat teknologi seperti Waze. Ia juga mempunyai pelan jalur lebar jangka panjang walaupun berdepan konflik. Kapasiti kelajuan internet di negara ini adalah sepantas 40.1 Mbps.

9. Belgium

Negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) yang menempatkan ibu pejabat seperti NATO ini mempunyai kelajuan internet 39.9 Mbps. Belgium mempunyai penduduk sebanyak 11.1 juta orang dengan ibu negaranya, Brussels.

10. Taiwan

Dengan kelajuan 39.5 megabit sesaat atau Mbps, Taiwan yang mempunyai populasi 23.3 juta orang itu mengalami peningkatan penggunaan internet sehingga 22 peratus.
Negara itu juga kini aktif dalam industri teknologi maklumat dengan beberapa syarikat popular lahir di sini seperti HTC dan ASUS

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan