Nuffnang

Sunday, September 25, 2011

Beratur


Selalu kalau lu orang tak pernah pergi area kedai makan tu, macam mana nak tau kedai makan tu best ke tak. Ada orang ckp kena tengok pelanggan dia ramai ke tak. Kalau ramai tu sedap lah. Ini mungkin secara psikologinya memang logik. Ye lah kalau kedai makan tu ramai orang, mesti la sedap. Takkan orang nak makan kat kedai makan yang tak sedap.

Habis tu kalau kedai tu ramai pelanggan dah tu yang beraturnya pula panjang nak dipanggil apa ? Super sedap ? Bagi gua ini juga dikira sebagai reverse psikologi. Lu orang tengok gambar kat atas tu. Punya la panjang orang beratur. Sampai ke kedai sebelah. Tukang isi nasi dia pula sorang jer. Jadi nak taknak memang kena beratur panjang. Tapi kenapa pula orang sanggup beratur. Bagi gua kuasa beratur ni lagi power daripada kuasa ramai pelanggan. Kalau hari-hari lua orang lalu situ lepas tu tengok hari-hari juga orang beratur panjang-panjang, lu orang tanak berhenti cuba ?

Melainkan lu orang ada dengar cakap-cakap orang yang kedai ni guna mandrem ke apa ke lepas tu lu orang percaya. Confirm tak singgah hehe.

Kedai ni dekat Alor Star. Standard kedai kecil jer. Tapi dia punya sedap, memang ada dalam list tiap kali balik Kedah.

Hang orang Kedah ? Tak tau nasi lemak zam zam ??

Apa celop ??

Zam Zam Nasi Lemak
937A, Lorong Merpati,
Jalan Langgar
05200 Alor Star

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan