Nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

System Offline

Memandangkan hujung tahun telah tiba, musim renew lesen kedai pun bermula. MPSJ bukan main awal lagi bulan 11 dah pasang kain rentang. Macam nak bagi amaran pun ada.

Lesen kedai dobi gua tamat tempoh hujung bulan ni. Pagi tadi gua berkobar turun MPSJ cawang Puchong punya. Tengok kereta kat tempat parking tak banyak. Kejap jer siap la ni.

Terus gua masuk kaunter, nak ambil nombor. Tekan2 tak keluar. Blackout ke apa ??

Tinjau dekat kaunter tengok semua staf dok melepak. Gua cargas tanya.

"Sistem offline la encik. Kita guna internet untuk semak. Hari ni memang satu hari offline" kakak staf tu bagi penjelasan.

"Habis tu nak kena gi HQ ke ?" gua membengis.

"Haah" kakak tu jawab sambil buat muka selenga.


Sekarang ni gua nak tanya lu orang sistem offline tu macam mana aa ?? Banyak kali juga gua menghadapi sistem offline ni. Pc rosak ?? Server hang ?? Blackout ?? Atau kerja banyak sangat lepas tu jadikan alasan sistem offline ??

Kadang2 macam tak logik pun ada. Kalau pc rosak takkan semua pc rosak ?? Kalau server rosak takkan takder back up ?? Takkan takde training untuk back up sistem ?? Kamon la kita hidup dizaman Facebook ngan Google.

Pernah ke korang nak login Facebook tetiba diaorang bagi tau sistem offline. Ada ??

Google pun kalau sehari offline boleh bengkrap dibuatnya.

Haih...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan