Nuffnang

Friday, September 12, 2014

Curi duit secara senyap



Aku terfikir benda ni bila nak keluarkan duit kat mesin atm petronas hari tu. Dulu biasanya akan ada atm cimb dengan maybank. Kira ni yang paling asas la. Tapi sejak dua menjak ni aku tengok mesin atm maybank macam dah makin kurang. Bukan hilang terus mesin atm tu tapi dia bersalin kulit. Daripada maybank jadi MEPS. Korang perasan tak ? ke aku jer yang terlebih fokus ? huehuehue

Ok apa kena mengena mesin atm dengan curi duit senyap-senyap ? Korang mesti penah keluarkan duit kat mesin atm yang bukan sama dengan kad atm korang kan. Contoh kad atm cimb tapi keluarkan duit kat mesin atm maybank. Apa jadi ? yer korang akan kena cas seringgit. Buta-buta kena cas seringgit pasal nak keluarkan duit jer. Dan buta-buta juga la maybank sedap-sedap je dapat seringgit.

Sekarang cuba korang bayangkan semua mesin atm kat Malaysia ni adalah MEPS. Takde mesin atm cimb ke maybank ke affin bank ke bank islam ke. Takde. Semuanya MEPS. Jadi setiap kali korang keluarkan duit buta-buta je dia cas seringgit. Mungkin korang fikir alaa setakat seringgit je apa la sangat...sebulan 4 kali jer keluar duit kat mesin atam jadi kena 4 ringgit je.

Nampak macam sikit tapi cuba kira kalau (kalau aku bilang kalau) dalam masa sehari lebih kurang 100,000 orang guna mesin atm MEPS untuk keluarkan duit. Buta-buta sehari MEPS dapat RM100,000 bersih. Darab dengan sebulan ? mahsyukkkk...

Dan aku percaya bank-bank akan lagi suka kalau atm diaorang MEPS jer yg uruskan. Ye lah mana tak nya diaorang dah tak payah fikir pasal mesin atm dah. Tak payah nak hire security hantar duit. Tak payah fikir pasal mentanance. Tak payah fikir pasal mesin atm kena bawak lari. Dan macam-macam tak payah lagi hehe.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan