Nuffnang

Saturday, February 14, 2009

kepala enjin



balik opis pukul 7 pagi. sejuk. tak bukak aircond. tapi tetiba terbau mcm hangit2 sikit. ingatkan ada orang bakar sampah ke pagi2 buta tu. sekali bukan. tetiba kereta aku terberhenti ditengah jalan. nasib baik kereta belakang tak sondol. kalau tak tajuk thread nih dah jadi kepala enjin dan bontot kereta. ataupun nak pendek jadi kepala bontot.

temperature kereta naik !!! jarum meter dia dah sampai tahap to da max !! habis la aku. rilek2 kejap tunggu sejuk sikit lepas tuh try start enjin balik. Berjaya !! sampai umah cuci kaki terus tido.

petang lepas makan tengah hari hantar workshop. dan kesilapan terbesar aku adalah sepatutnya bila kereta dah terberhenti (pagi tuh) aku kena biarkan jer kat situ. memang kena tarik. tapi aku mana laa tau kan. so selamba jer laa start kereta lepas tu balik.

akibatnya sila lihat gambar diatas. head aku bengkok. air dah boleh keluar ikut eksos. dan aku ingatkan benda nih murah jer. lepas tanya kedai halfcut, jawapannya adalah rm1200 !!! gila !! boleh bayar duit kancil ni 5 bulan !!! boleh beli handphone yang bukan monochrome !!! boleh pergi koh samui !! macam2 lagi boleh buat dengan rm1200 ni. jadi aku ambil keputusan bawa balik dulu kancil ni. simpan kat umah sambil2 tanya adik aku harga head ni kat melaka berapa.

tapi lain pula yang jadi. mak aku suruh bawak balik melaka kancil ni lepas tuh aku beli motor. erkkk nih dah kira downgrade. tak boleh jadi. paling kurang pun kena laa upgrade jadi proton saga baru ke kan. terus aku usya website proton. tapi aku jumpa benda yang lebih mengujakan.


satria neo cps !!! colour putih plak tuh. harga boleh tahan. kira mahal juga la.

Proton Satria Neo CPS M/T (white) - RM 57,313.00
Proton Satria Neo CPS M/T (black) - RM 57,763.00
Proton Satria Neo CPS A/T (white) - RM 60,313.00
Proton Satria Neo CPS A/T (black) - RM 60,763.00


ehmmm....macam mana ek ??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan