Nuffnang

Thursday, February 12, 2009

lapan hari bulan dua

sabtu lepas aku balik melaka. hari isnin wifey cuti jadi dapat la balik melaka lama sikit walaupun aku kerja isnin malam tu. tapi tak apa pasal melaka bersama misi :p sebelum balik tu singgah pwtc jap. tengok pameran gerak usahawan nasional. ramai gak orang dan kebanyakkannya orang melayu. ni maknanya ramai juga laa orang melayu ni nak jadi usahawan. tapi mungkin tiada guide ataupun modal yang cukup untuk mulakan perniaagaan. penjelajahan bermula daripada dewan 1 & 2. kebanyakkan kat dewan ni promosi produk2 tempatan. dan yang aku nampak semuanya produk2 biasa yang telah ditambahbaik ataupun yang telah berubah rupa bentuk asalnya. aku tercari-cari produk yang boleh menyaingi donut big apple ataupun j.co mahupun dunkin donut tapi tak jumpa. ke dewan 3 baru aku jumpa. bukan jumpa produk yang boleh menyaingi big apple tapi aku jumpa mereka2 yang menawarkan pinjaman untuk perniagaan. memang banyak agensi yang menawarkan pinjaman. tapi kebanyakkannya mengenakan syarat dimana perniagaan telah dijalankan sekurang-kurangnya 6 bulan. aiyoo kalau tiada modal macam mana nak mula ?? dan yang lebih pelik, antara syaratnya ialah kakitangan kerajaan. bukan ke kakitangan kerajaan tak boleh buat bisnes lain ?? jadi pejadahnya nak bagi pinjaman kat diaorang. bagi la kat kami yang tak secure kerja dengan swasta ni. dah la swasta company u.s plak tuh huhuhu

ada muka usahawan tak

ahad pagi mulakan pengembaraan ke zaman silam. bermula dengan brekfes kat tampal. tempat nih specialist dlm pembikinan roti tampal (roti canai + telur mata melekat) siapa2 yang belajar kat mmu melaka mesti tau tempat ni. aku ingat lagi dulu kitaorg sanggup bangun awal semata-mata nak gi makan kat tampal. siapa2 datang melaka wajib singgah brekfes kat sini

pekena telur setengah masak dulu...warming up

inilah rupa roti tampal...terliur beb

dah kenyang melantak, gerak ke melaka bandaraya bersejarah. nak naik menara taming sari. aku pun sebenarnya dulu tak perasan pun kewujudan menara ni. cepat sangat siap. jangan runtuh pun cepat dah ler. tinjau kat kaunter harga tiket rm20. gila mahal !! dah laa 10 minit jer duduk kat dalam menara tu. tapi nasib baik kakak kaunter tu ckp "kalau ada mykad boleh dapat harga rm10 jer ". aku ni tak macam orang malaysia ke ?? lepas tu siap ada perkhidmatan menyewa teropong lagi. yang besar 7 ringgit (mak ai) yang kecik 3 ringgit. tapi aku tak sewa pun. tiada benda nak diskodengkan. lepas naik menara ni singgah gsc tengok ong bak 2. tapi tak macam ong bak 2 pun. bagu aku ong bak 2 nih macam ong bak begin pasal cerita macat tuh sejak kecil. dan terus membesar bagaikan johan

tengok tarikh kat tiket tuh

smile

canggih aa melaka...ada eye on malaysia

dataran pahlawan

muzium samudera. river cruise punya jeti kat tepi tuh

aksi lompat mesti ada

melaka dah ada big apple. maju

cuba cari benda tersembunyi (hadiah birthday)

dah habis ronda melaka ingatkan nak naik river cruise. tapi kalo petang tak cantik. malam baru best. nak tunggu malam lambat lagi plak. jadi terus ke tengkera mencari mee gian. sebenarnya mee sup tapi kalau makan boleh jadi gian nak lagi jadi dapat laa nama mee gian tuh. menu kat kedai ni senang jer. mee, bihun, kuew teow jadi kalau confuse tu minta jer campur2. kalau nak bungkus mintak awal2 pasal gap nak tunggu amatlah lama. lebih setengah jam huhuhuhh

nyumm2

popia basah

gambar diatas tiada kena mengena dengan kembara melaka. ni kat halaman rumah mak aku jer. dah ada macam2 bunga sekarang nih huhuhuuh

2 comments:

::@M@L:: said...

ooo..jalan2 cari makan..aksi lompat tu leh kuruskan badan ke bangwan??heeee~

Bogus said...

alamak....kantoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan