Nuffnang

Thursday, March 5, 2009

forum

aku agak gemar berforum...berforum boleh menambah pengetahuan. dosa pun kadang2 boleh bertambah. kalau nak diikutkan sejak 2003 lagi aku dah mula join forum. masa tu suka masuk foum lowyat pasal boleh usya barang2 pc. sampai hari ni pun aku masuk forum lowyat pasal nak cuci mata tengok barang2 pc. tu pasal laa walaupun join tahun 2003 tapi baru 10 post jer hahaha.

tapi lain pulak ceritanya dengan dua forum lain ni. forum cari dan carigold. suka masuk forum cari pasal layan thread lawak & jenaka. yang bestnya forum cari ni lagi banyak kita post lagi cepat pangkat kita naik. bukan pangkat apa pun cuma status id kita kat forum tu laa. nampak macam senior sket hahahah. sekarang nih dah kurang layan cari pasal layan carigold. carigold ni ramai melayu so layan sket aa. thread2 dia pun best2. yang nih pun ada pangkat2 gak tapi dah tak gila kuasa dah sekarang nih.

lowyat.net


cari.com.my

carigold.com

ok yang kat bawah ni pula ranking forum kat dalam dunia ni. malaysia diwakili lowyat dan cari sahaja. lowyat memang terkenal diseantero dunia. yer lah mana ada tempat lain kat dunia ni boleh dapat semua installer atau software dibawah satu bumbungkan. siap ada yg kombo version lagi huhuhu.

selamat berforum !!! forum tuh forum gak, susu anak jangan lupa beli :p

2 comments:

DiZi said...

dah dapat petanda kena beli susu anak ke??....hehehe

Bogus said...

belum lagi...doa2kan kan lah yer...dpt kembar :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan