Nuffnang

Sunday, May 24, 2009


aku kenal mamat ni kalau tak silap bulan 8 tahun 2005. sejak kenal terus rasa mcm teruja. seminggu sekali mesti set time nak jumpa. kalau tak jumpa boleh gigil beb. kekadang layan sambil makan kuaci gurih. tapi yang pasti mesti layan dengan azrain. punya la pawer mamat ni sampai sanggup tahan beren. lepas jumpa dia baru beren huhuhu.

kawan2 dia pun ramai gak yang aku kenal. ada yang bertahan ada gak yang kecundang ditengah jalan. sama ada bebas, tertangkap tak pun mati kena tembak. ada la sorang member mamat ni yang paling aku respek tahap kesahabatan dia. sanggup buat apa saja demi member. memang tahap sahabat sejati.

mamat ni pulak secara tak sengaja terbercinta dengan ada sorang minah doktor ni. bleh tahan cun. memula ragu2 gak. yerla takkan doktor nak bercinta dengan banduankan. oh aku lupa nak bagitau yang mamat ni seorang banduan. masuk penjara sempat merompak bank. tapi dia merompak bank tuh bersebab. dia masuk penjara tu sebab nak selamatkan abang dia.

kebetulan mamat ni jurutera pembinaan jadi dia tau la selok belok penjara tuh. plan punya plan last2 dapat gak dia bawak keluar abang dia dari penjara tu. ingatkan habis kat situ dah skali tengok tak plak. cerita nih membawak sampai ketahun 2009.

setelah bersusah payah berpenat jerih menentang kejahatan akhirnya mamat ni dan member2 dia bebas. dia pun selamat kawen dengan doktor tuh dan dapat sorang anak.

tapi yang tak bestnya mamat ni ada sakit hidung berdarah. last2 dia mati meninggalkan seorang balu dan satu2nya anak lelaki dia tuh.

setakat ni jalan cerita terbaek yang pernah aku jumpa adalah cerita ni. sekarang ni aku dah tak tau nak layan cerita apa. samarinda jer kot. ehmmmm

michael scofield - tiada tandingan. sentiasa kool. berfikir sebelum bertindak
lincoln burrows - keras kepala. tak suka diarah-arah
veronica donovan - setia. gemar bertindak sendirian
theodore 't-bag' bagwell - ganas dan songsang. tatabahasa dan vocab terbaek. ada style
sara tancredi - lembut dan baik hati. setia pada yang satu
fernando sucre - sahabat sejati
alexander mahone - ganas dan bijak. ambil dadah untuk bertahan
john abruzzi - mafia termacho abad ini
brad bellick - anak omak hahaha
lj burrows - cepat gelabah
warden pope - serius dan baik hati
gretchen morgan - muka buas dan ganas
benjamin miles 'c-note' franklin - tidak mudah putus asa
paul kellerman - jahat tapi cuba menebus kesalahan

bye bye michael scofield....

3 comments:

HaliaManis said...

napa bgtau ending..huwa...dh tak syok!

Byn Emms said...

yup. prison break mmg best. sampaikan bile kene selsema yg cair yg asek meleleh2 tu pun bleh rase diri ni mcm scofield.

rase nak botakkan kepale pun sbb nak jadi cam scofield.

sume pun sbb nak jadi mcm scofield.

Lee said...

ish... nape kau citer kat orang... segan ah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan