Sebenarnya gua buat-buat senyum je kat gambar atas ni. Ada ke patut tukang bagi skrol tu boleh duduk ? Kamon la gua bukan selalu pun nak naik pentas ni. Ntah-ntah sekali sumur hidup jer. Setakat berdiri sejam dua tu apa lah sangat. Dah laa bukan Siti Hasmah yang bagi. Tensen gua.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE6vVi0fKjh50pehL87iaViKNlNUOafa7WuPMUKjrj5rCDVpFwoG9PbgxomQxUobZrGljGK7Q10w2k-ydtdfhl5AmEnz9nnwnO1K97mHD35L9QQGuho7Qz-VWHrQq5Gx47EORd-CgNzFuB/s400/convo+110.jpg)
Malas pula gua nak aplod gambar banyak-banyak. Kalau berminat nak tengok gambar yang lain-lain boleh usya kat fesbuk gua. Tapi jangan usya lebih-lebih plak. Apa pun gua dah berjaya naik pentas sambil mak dengan wifey gua senyum lebar tengok gua. Tapi kalau nak diikutkan lagi best kalau arwah ayah gua ada. Oklah gua dedikated kan video kat bawah ni untuk mak gua dan arwah ayah gua.
No comments:
Post a Comment