Nuffnang

Friday, November 13, 2009

Budak melecur kena kopi panas


 Nely yang melecur bahagian dada dan perut dirawat di Pusat Perubatan Kuantan semalam. 

KUANTAN - Kegembiraan seorang kanak-kanak perempuan meraikan hari jadi abangnya berakhir dengan sebahagian badannya melecur akibat terkena air kopi panas di rumahnya di Tanah Putih Baru di sini kelmarin.

Mangsa, Nely Iris Fariesya Mossen, 2, melecur hampir keseluruhan dada sehingga ke bahagian perut selepas minuman yang baru dibancuh oleh ibunya tertumpah ke badannya.

Ibu mangsa, Fazeedah Abdul Manaf, 34, berkata, kejadian pada pukul 10.30 malam itu berlaku selepas keluarganya termasuk Nely baru selesai menyambut hari jadi anak keduanya yang genap usia empat tahun.

"Selepas selesai berkemas saya menyediakan kopi panas untuk suami sebelum saya masuk ke bilik untuk menggosok baju," kata Fazeedah ketika ditemui di sini semalam.

Menurut wanita itu, Nely semasa itu berbaring di atas tilam sambil merengek meminta susu menyebabkan suaminya, Mossen Mohamad, 36, segera ke dapur untuk membancuh susu Nely.

Lu nampak apa yang gua nampak ? Dia punya nama mak aih mengalahkan omputih. Nanti nak akad nikah kena sebut macam mana Iris tu aa ? 'airis' ke 'e ris' huhuhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan