Nuffnang

Wednesday, November 18, 2009

Kadar tukaran asing serta cukai yang membebankan



Barang-barang import biasanya harga mereka akan meningkat daripada harga asal. Alasan - cukai itu cukai ini. Kadang-kadang memang tak masuk akal bila tengok dia punya harga. Ntah apa yang nak dicukaikan sangat pun gua tak tau. Bagi gua barang-barang yang berguna tak perlu dikenakan cukai yang terlalu tinggi. Tetapi kalau macam arak, rokok dan daun ketum memang patut dikenakan cukai yang tinggi. Ini tak, kereta import pun kena cukai macam bawa masuk barang salah dalam Malaysia.

Gua sebenarnya tak ambil port sangat dengan karenah cukai-cukai ni. Meguiar's punya pasal gua kena buat kira-kira. Cuba cari alternatif untuk tidak menjadi mangsa cukai.

Ok kalau ikut nafsu gua memang senarai dibawah ni menjadi 'wish list' yang entah bila akan bertukar menjadi 'wish come true'. Bak kata orang tua-tua hidup mesti ada arah tujuan. Ya nanti bila tujuan gua seberang tambak Johor tercapai gua akan cuba pastikan dapat ambil gambar depan Autobacs ni pun jadilah.



Ringgit Malaysia (Singapore Dollars)

Micro-Fibre Wash Mitt - RM50.00 (SGD14.00)
Smooth Surface™ Clay Kit - RM165.00 (SGD49.00)
ScratchX® Scratch & Swirl Remover - RM60.00 (SGD21.60)
Ultimate Compound - RM66.00 (SGD21.50)
Deep Crystal® System Polish - RM49.00 (SGD16.25)
Ultimate Quik Detailer® - RM69.00 (SGD23.90)
Water Magnet™ Microfibre Drying Towel - RM70.00 (SGD25.00)
NXT Generation® Glass Cleaner - RM45.00 (SGD15.85)
NXT Generation® Insane Shine™ Tire Spray - RM58.00 (SGD20.60)

Jumlah = RM632 (SGD207.70)

Hasil daripada http://www.xe.com/ucc/

207.70 SGD = 504.555 MYR

RM632 - RM504.56 = RM127.44

Cukai punya pasal gua boleh rugi RM127.44

Jom gerak pergi Singapore kejap.

4 comments:

Mr_Rizal said...

kalau ko perasan... keta putih yang ko beli tu pun dah dicukaikan tau...!! kalau ikut, keta tu semurah kancil je...

Bogus said...

Mr_Rizal - jom pindah duduk kat Bahrain

Mr_Rizal said...

dari segi tukaran matawang... kuwait punya rate yang tinggi... 1 kuwait bersamaan rm13 sini [kalau tak silap]... balik malaysia kaya tu siot...

Bogus said...

Mr_Rizal - agreed...patut pun member aku sanggup jadi operator jer kat sana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan