Nuffnang

Monday, November 16, 2009

Watch History Channel, Astro Channel 555 on Sunday 15 dan 22 Nov 09 at 8 pm - Part1 & Part2

For those who missed it last night, repeats are at 1pm and 10pm today or at 4pm tomorrow or 7pm on Wednesday.



Gua dapat tau pasal rancangan ni pun masa dengar iklan kat radio. Nak harap ada billboard besar kat LDP tunjuk iklan pasal rancangan ni memang jangan harap. Tapi memang rezeki gua pasal malam tadi hujan tak lebat. Kalau tak mesti Astro bagi tau yang gua tak subscribe channel ni. Harap-harap nanti masa World Cup bukan musim hujan. Kalau tak memang gua pindah duduk Afrika.

Lepas gua tengok cerita ni baru gua tau yang ayah Mahathir ni agak serius dan tegas. Memang anak-anak tak berani nak melawan cakap gua cakap lu. Tapi tegas macam tu pun dapat anak macam Mahathir siapa tak bangga kan.

Gua malas nak cerita panjang. Untuk pengetahuan gua tak in sangat dalam hal-hal politik ni tapi kalau bab-bab Mahathir ni gua memang respek. Tapi sayang banyak projek-projek Mahathir yang tak sempat siap semasa dibawah pemerintahan beliau. Dah lah tak sempat siap, kena kansel pula lepas tu. haih.

Ini baru part 1. Minggu depan part 2. Harap-harap hujan tak lebat. Kalau tak memang gua buang je decorder Astro tu. Dasar monopoli !!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan