Nuffnang

Wednesday, November 4, 2009

Perut dikelar, isi terburai



SERI KEMBANGAN– Seorang buruh binaan mungkin tidak menyangka hasratnya untuk membersihkan diri selepas penat seharian bekerja menjadi mandian terakhir dalam hidupnya apabila ditemui maut dengan keadaan perut terburai di Taman Lestari Perdana, di sini, lewat malam kelmarin.




Difahamkan, mangsa dipercayai diserang seorang lelaki menggunakan senjata tajam ketika sedang mandi sehingga menyebabkannya maut serta-merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika ditemui berkata, mangsa dikenali sebagai Jefri, 20-an dikatakan sedang mandi di sebuah kawasan tapak pembinaan perumahan.

Menurutnya, mangsa ditemui kira-kira 50 meter dari tempatnya mandi dengan kesan tikaman di bahagian dada kiri, di belakang kepala dan di kanan perut sehingga menyebabkan tali pusatnya terburai.

“Kira-kira pada jam 9 malam, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang menemui mayat terbaring di tepi jalan dekat sini dengan keadaan perutnya dikelar dan isinya terburai.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berbangsa Flores dan dipercayai berasal dari Indonesia,” katanya kepada pemberita.

Zainal berkata, mangsa berkemungkinan diserang ketika mandi dan kemudian melarikan diri beberapa meter dari tempat kejadian untuk menyelamatkan diri daripada terus diserang suspek.

“Kita percaya kejadian baru beberapa jam berlaku sebelum mayatnya ditemui orang ramai yang kebetulan lalu di laluan berkenaan untuk ke kawasan perumahan itu.

“Punca dan motif pembunuhan masih dalam siasatan dan pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-89481421,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati rumah kongsi yang dihuni pekerja buruh binaan di kawasan itu ditinggal kosong, dan dipercayai mereka baru melarikan diri berikutan keadaan makanan yang ditinggalkan masih panas.


Wartawan ni silap sikit. Sepatutnya Taman Lestari Putra bukan Perdana atau lebih tepat lagi Persiaran Kota Perdana. Apa pun taman ni taman yang gua duduk sekarang. Lain seksyen je. Tapi kalau nak keluar dari taman gua tu memang kena lalu jalan ni. Patut la sejak akhir-akhir ni gua rasa seram semacam je bila lalu jalan ni. Macam-macam ada kat Seri Kembangan ni ye. Tapi gua cuma sempat jumpa 'Garisan Polis - Dilarang Melintas' je. Sambil dengar cerita Awin dengan Baini yang ada cerita pasal kes ni.

Huhu...

2 comments:

rex said...

padan la time wa lalu hari tuh ade polis kerumun kt situh...

Bogus said...

rex - lain kali berhenti laa tanya polis tu apa cerita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan