Nuffnang

Thursday, December 10, 2009

Prosboc

Gua rasa macam dah lama gila tak masuk meeting. Jadi Isnin lepas gua telah join satu AGM yang bertempat di COE (Centre Of Excellence) Shah Alam. Meeting bukan sebarang meeting. Meeting ini adalah sempena AGM Prosboc 2009. Walaupun gua tiada kemeja mahupun t-shirt Prosboc tapi gua gagahkan juga.

Pagi tu gua bangun agak awal pasal nak gerak ke Azhar Maju dulu. Azhar maju ni kedai mamak dekat Seri Kembangan. Memang dah jadi macam kubu Prosboc pula Azhar Maju ni terutamanya untuk zon SBK (Serdang, Bangi, Kajang). Boleh dikatakan setiap jumaat malam sabtu mereka-mereka akan berTT kat sini. Gua tak dapat nak join pasal gua kerja malam tu bai. Gua cuma tengok dari jauh jer.

Daripada Azhar Maju terus gerak ke COE. Masa tu gua dah mula rasa kecil. Kenapa gua rasa kecil ? Lu orang kena baca entri ni sampai habis. Hik3. Sampai COE terus daftar kehadiran. Dapat cenderamata daripada Proton. Boleh tahan berbudi bahasa juga ya Proton ni. Dah la bagi cenderamata, makan tengah hari pun mereka taja. Terbaik.

Meeting macam biasa penuh dengan acara angkat tangan undi mengundi. Gua yakin tiada unsur-unsur politik wang yang berlaku. Meeting ditutup secara rasminya oleh penaung kelab Prosboc yang gua dah lupa dia punya nama apa. Yang gua ingat dia mula kerja dengan Proton Mei 1985. Masa tu gua baru umur 3 tahun bai. Lama tak lama dia kerja situ. Memang gua tabik.

Gua ingat ada sesi melawat kilang ke apa tapi tiada. Nampaknya hasrat gua nak tengok macam mana diaorang pasang enjin tak tercapai. Lepas makan tengah hari ambil gambar lebih kurang gua terus balik. Lain kali gua datang lagi.



Ok ni antara sebab kenapa gua rasa kecil dan menikus jer masa pergi COE ni.



 
 
 
 
 
 
 

Dan kereta gua adalah standard gaban. Kalau gaban tengok pun dia lari menyorok. Hik3...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan