Nuffnang

Wednesday, December 30, 2009

Syarikat

Nak tubuhkan sebuah syarikat bukan senang bai. Banyak perkara nak kena ambil tau. Dari A sampai Z semua benda kena betul-betul tau. Kalau tak masa nak daftar syarikat pun dah boleh kena tipu dengan ulat-ulat pendaftar syarikat. Benda yang boleh dibuat sendiri dan percuma tapi atas dasar takut salah isi borang atau tak tau maka ulat-ulat ni senang-senang je dapat 5 ringgit hanya dengan isi 2 keping borang. Haih.

Ok nak tubuh syarikat antara yang paling penting sekali nama syarikat nak letak apa. Nama syarikat mesti ada kena mengena dengan apa yang kita nak buat. Tapi kalau tak ada kena mengena pun kadang-kadang menjadi. Contoh macam Apple. Apa kena mengena buah epal dengan komputer ?

Banyak juga nama-nama syarikat yang secara tak sengaja diambil ataupun yang macam gua cakap tadi tiada kena mengena dengan perkhidmatan atau produk keluaran syarikat itu.

Lu orang tau mana datang nama Carrefour ? Asalnya ada mamat ni buka kedai dekat dengan simpang. Simpang dalam bahasa Perancis sama dengan Carrefour. Tak pasal-pasal lekat sampai sekarang ni.

Banyak lagi nama-nama syarikat lain. Karang kalau gua cerita semua penuh pula hardisk Blogspot ni. Lanjut lu orang boleh usya kat sini

Babai.

8 comments:

gimboe said...

hua..hua..blog perniagaan??
just to add..ada 2 jenis actually
penubuhan syarikat (roc) dan penubuhan perniagaan(rob)...
syarikat normally yg sdn bhd and berhad tu la..perniagaan yg enterprise tu lah..cam Ainur Raihanha Gallery(hehhee)..and correct..nama adalah antara yg core dlm penubuhan syarikat mahupun perniagaan..pada aku..elok letak nama perniagaan yg akan mendoakan kita..camne?
cth..syarikat maju sdn bhd..kekal unggul sdn bhd..syarikat untung pon bagus gak..pasai apa nama lagu nie?kerana..semoga kata2 itu adalah doa..setiap kali menyebut syarikat maju..mudaha-mudahan..menjadi doa agar syariakt terus maju dan maju lagi..orait..thats all..
link: http://www.ssm.com.my

Bogus said...

gimboe...sepanjang penglibatan aku dalam dunia blog, komen ko ni lah yang paling membina sekali...syabas !! hik3...

azrain said...

terbaik!

p/s: aku jarang bg komen :p

ezzati said...

waaa..nk buat syarikat??kagum

Bogus said...

azrain - nanti wa email lu signboard...lu amik logo dpd situ je la

ezzati - nak bukak syarikat senang je gi daftar kat SSM...nak buka kedai yang mencabar sket hehe

Mr_Rizal said...

syarikat ku nanti nak bagi nama:
DAKU HEBAT MAJU SDN BHD

Bogus said...

SDN BHD tuuu....bagus2 hehehe

azrain said...

lu jgn kasi resolusi 12megapixel plak ... huahuahua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan