Nuffnang

Saturday, June 5, 2010

Lagenda Budak Setan

Khamis lepas gua dengan gua punya lagi half pergi tengok cerita ni. Pukul 11.45am punya show. Bayangkan popcorn tak siap masak lagi kitaorang dah beratur nak beli tiket. Style kan.

Gua nak cerita panjang pun tak guna pasal mesti lu orang dah baca novel dia tak pun dah gugel cari blog yang review pasal cerita ni. Jadi gua bagi point-point je la macam blog Che Det

1. Jalan cerita ok cuma part hero jadi jahat tu kejap sangat. Kalau boleh tunjuk la dia fly ke, hisap rokok depan koridor ke, masukkan pasir dalam tempat minyak hitam motor ke, pukul junior sampai masuk hospital ke, cucuh putung rokok kat junior ke, suruh duduk mencangkung 3 4 jam ke, baru lah rare. Tapi masukkan cicak dalam air Coke kejam juga.Buatnya cicak tu sampai ke perut apa jadi ye.

2. Hero kena pergi pendalaman yang tiada elektrik lebih kurang setahun. Tapi boleh bawak kamera digital SLR. Charge bateri guna apa ?? ada stok bateri untuk setahun ke ?? Hik3

3. Heroin lepas pembedahan face off apasal jadi tinggi ?? Ada pakej pembedahan regangan tulang sekali ke ?? Kulit pun sedikit kelam. Mungkin kesan asap kemalangan kot.

4. Eksiden kereta Honda Jazz tak keluar airbag. Apa cerita ?? Hancur muka Lisa Surihani tu oi. Oh mungkin seat belt tak activate airbag tu. Lu orang tau kan kalau tak pakai seat belt airbag boleh tak keluar kalau eksiden. Tak caya pergi la try.

5. Dah tiada tempat lain selain pokok tunggal kat UPM tu nak jadi port jiwang ?? Iklan Milo kat situ iklan main layang-layang kat situ iklan susu Fernleaf pun kat situ gak. Agak-agak kalau ada hakcipta tanam pokok mesti dah kaya mamat yang tanam pokok tu.

Apa pun gua layan cerita ni. Kalau ada sambungan gua rasa gua nak tengok awal-awal gak. Baru la tak takut-taku macam Chuen. Ada ke si Chuen ni takut gua cerita pasal cerita ni kat dia. Padahal dia dah layan novel Lagenda budak Setan ni dulu. Sama je la jalan cerita dia heroin mati last-last. Nasib lu la Chuen kalau lu tengah baca benda ni sekarang. Hik3...

3 comments:

Mr_Rizal said...

canggih aa ko...!! awal2 dah tgk. ku dulu masa remaja pun ada layan novel ni, tapi stock pinjam aa...!! nak pergi wayang tak dapat kut, tunggu dia keluar astro ria 2 3 bulan lagi, baru ku tgk... hikhihkhik...

Bogus said...

tengok awal dikira canggih ke...hik3

Mr. Tido said...

yang no 1 tuh macam menyamai kegiatan ko masa skolah dulu bogus...heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan