Nuffnang

Wednesday, August 4, 2010

Tampal

Kalay lu orang refer kat tampal ni memang tus air liur dibuatnya. Demi bulan puasa yang dah nak mula bulan depan maka esok gua dengan bini akan bergegas menampal. Kalau ikut nafsu memang nak tampal double. Tapi nanti apa pula kata Edot. Setakat ni dia sorang je yang boleh makan tampal double tanpa perut penuh. Harap-harap kedai ni tak tutup esok.

Esok gak gua akan jalankan operasi menebas rambut. Gua bukan apa rambut ni potong pendek mana pun lama-lama nanti panjang juga. Jadi baik tunggu gua balik Melaka baru potong. Bukan gua tak nak potong kat sini tapi gua takut muka gua karang jadi pelik. Bayangkan dia buat slope tepi dengan belakang. Tinggi pula tu. Dah macam nak daftar masuk sekolah tingkatan 1 pun ada.

Ok kepada pakcik tampal. Skill menebar roti canai anda akan gua nilai esok. Setakat ni memang tak lari dia punya synchronize tarik bahu lepas 3 kali tebar.

Hik3...

p/s-rasa macam nak buat video call dengan Edot dan Azrain. Bagi tus sikit air liur diarang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan