Nuffnang

Tuesday, October 26, 2010

SPM 99

Sijil SPM gua hilang entah kemana. 2 hari gua cari tak jumpa-jumpa. Gua miskol pun tak dengar bunyi. Hairan gua. Merajuk agaknya.

Gua terfikir kalau dapat sijil SPM yang baru layan gak. Ada peluang boleh gua ejas tukar semua gred gua jadi 10A1. Kah kah kah

Gua dengan berkobarnya hari Khamis lepas sambil ditemani bini gua telah menjejakkan kaki ke Ke*****an Pelajaran Malaysia (eh ke*****an ke jabatan aa ??) kat Putrajaya. Sepanjang perjalanan gua dengan bini ada berborak pasal berapa lama gua akan dapat sijil baru ni. Gua cakap kalau 2 bulan baru nak dapat memang gua inbox Menteri Pelajaran punya fesbuk.

Sampai-sampai je terus gua ke kaunter. Tak payah ambil nombor bai. Memang la tak payah ambil nombor pasal ramai mana yang hilang sijil SPM. Tu pun sebelah kaunter tu ada 2 orang brader buka table. Dengar cerita untuk bebudak SPM buat semakan semula.

Kakak kaunter : SPM tahun bila ni dik ??

Gua : sembilan puluh sembilan.

Kakak kaunter : Ok kita akan ambil masa 6 minggu untuk dapatkan salinan sijil.

Gua : satu bulan setengah ??

Kakak kaunter : Ya. Kalau SPM 2000 dan ke atas baru boleh dapat masa ni gak.

Dia orang ni simpan salinan sijil SPM dalam floppy disk kot. Tu yang nak kena cari satu-satu.

Gua balik terus on pc masuk fesbuk.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan