Nuffnang

Wednesday, March 9, 2011

Malu

Ding Dong !! Loceng kedai gua berbunyi. Lantas gua tangkas maju kehadapan. Dari jauh dah boleh nampak ada seorang kakak yang ala-ala makcik dah tunggu.

Sampai-sampai jer gua kat kaunter.

"Alamak...panggil yang lagi sorang tu dik" tegas makcik tu sambil dah macam nak marah-marah.

Gua pusing belakang terus panggil wifey sambil gerak ke belakang.

Tetiba wifey panggil. Dia cakap makcik ni nak ambil baju iron 54 helai. Seingat gua baju tu dah lama ada orang lain ambil.

Wifey dah check dalam sistem tapi memang tak ada. Nama tak ada no telefon pun tak ada !!

"Yer akak yang hantar hari tu dik." makin membengis makcik ni.


"Resit kak ?" tanya gua.


"Tu la tapi resit akak tertinggal plak" jawab makcik penuh yakin.


"Resit akak kaler apa ?" gertak gua.


"PUTIH" semakin yakin gua tengok dia menjawab.

Lantas gua dan wifey serentak membuat satu lontaran jawapan yang paling kemas semenjak kedai dobi ni ditubuhkan.

"RESIT KEDAI KAMI KALER BIRU KAK" jawab kami yang macam baru kena loteri.

Makcik tu terdiam.

"0o0o0o...salah kedai kot" jawab makcik sambil memalingkan muka tanda malu.

Sikit lagi gua nak bagi tapak.

3 comments:

Afif Salamy said...

tapi bro.. kena berhati2 gak.. sbb klu xde resit nih.. kdg2 mcm nk curi baju je.. biasa yg hntr iron baju nih biasanya yg mahal2 punya.. so beware...

Fara said...

wakaka.. aku suke dgn mak cik tu. sgt confident ok! aku paham perasaan ko, baling kasut pun bleh gak.. hahaha.. adeh malu aiii!

Mr_Rizal said...

kalau true story ni, biasanya memang kelakar lain macam... kah3.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan