Nuffnang

Wednesday, March 16, 2011

Memandai mandai

Ada sorang customer gua ni walaupun dah setahun dia jadi pelanggan dobi tapi setiap kali dia ambil baju mesti dia letak atas kaunter, buka dan kira. Kalau masa awal-awal dulu ok la tapi ni dah setahun bai. Pula tu setiap kali dia kira cukup jer baju tak pernah kurang. Apa dia ingat muka gua ni muka pakai baju orang lain ke. Kah kah kah.

Ada sekali ni dia datang nak buat dryclean. Wifey siap dah tau kalau dia ni nak buat dryclean mesti ada something kotor kat baju dia tuh.

Brader tu "baju ni dryclean...ada kotor sket".


"Kotor apa ek" tanya gua.


"Tak pasti...tetiba je ada" jawab brader tu ringkas


"Ehm kalau macam tu kita boleh try bagi hilang la...50/50" gua bagi harapan


"Eh bukan dryclean semua kotor boleh hilang ke ?" brader tu tunjuk yakin

Ok sekarang ni siapa yang buka kedai dobi ? Lu ke gua ?

Untuk pengetahuan semua, konvensional drycleaning sebenar-benarnya dicipta untuk membasuh kain sutera. Kenapa ianya dipanggil dryclean ? Sebab tak guna air. Guna chemical yang orang senang nak faham dipanggil sejenis minyak atau perc. Tapi kain sutera ni bukan macam plastik gula-gula udang yang boleh makan tu. Masuk dalam mulut terus cair. Kain sutera ni dia sensitif. Boleh kena air tapi akan jadi kusam. Jadi lu orang boleh bayangkan betapa sensitifnya kain sutera ni sampai nak kena ada chemical khas untuk cuci. Pula tu cuci pun mesti la tak kasar pasal kain ni sensitif. Fragile la senang cerita. Jadinya logik ke drycleaning ni nak hilangkan kotoran degil ?

Proses nak hilangkan kotoran tu dipanggil spotting atau dalam bahasa kasarnya menyental. Kalau tak sental macam mana nak bagi hilang kotor. Kedai dobi yang mahal-mahal tu spotting pun dia cas tau. Tapi dobi gua buat free jer. Cuma kadang-kadang hantar selai baju tapi nak bagi hilang kotor dan muka yang jarang nampak terpaksa la gua cas spotting tu. Baru lah adil dan saksama.

Teknologi terus maju. Lebih kurang 10 tahun lepas  ada satu teknologi baru yang menggantikan drycleaning ni. Nama betul dia wetcleaning tapi macam biasa bila dah sampai Malaysia macam-macam nama yang keluar. Kat sini wetcleaning dipanggil Aqua. Sebenarnya nama panggilan Aqua ni datang daripada Acqua. Italy mari. Orang yang mula-mula bagi nama Aqua tu gua tak boleh nak bagitau. Lu orang nak lu orang cari sendiri.

Wetcleaning ni guna air dan chemical khas untuk mencuci. Harga pun boleh tahan. Macam gua punya Germany mari. Dan sepatutnya cucian wetcleaning ni lagi mahal cas nya pada customer. Sebab ? Drycleaning punya chemical macam perc tu jenis yg guna-tapis-guna-tapis-guna. Wetcleaning ni plak guna dan buang setiap kali cucian. Drycleaning tu kalau betul-betul punya tak kisah setahun sekali baru tukar. Jadinya boleh dikatakan kos yang sangat-sangat murah. Mana tak nya beli sekali tahan setahun. Hu hu hu

Lagi satu gua nak bagi tau. Setahun guna chemical yang sama. Kata lah ada satu baju tu ada taik cicak. Masauk mesin drycleaning tu. Lepas tu guna untuk basuh baju yang lain pulak. Adakah sebatian taik cicak bersama perc tu kekal ? Sah ke solat kita kalao kita guna baju-baju yang dah dibasuh guna perc tu ? Yang ni gua tak boleh nak jawab. Lu orang try la tanya Ustaz Kazim ke tak pun ustaz tv9 yang dalam rancangan adik adikkkkkkkk...dan Al-Quran !!

Panjang pula gua bagi syarahan kali ni. Agak-agak lu orang gua dah boleh buat kursus dobi ke belum ek.

Hik3...

1 comment:

Republic Aku said...

faham2....duit dobi 1 bulan jer nak dekat rm200!..rugi2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan