Nuffnang

Saturday, March 19, 2011

Mari menggosok baju

Menggosok pakaian adalah salah satu perkhidmatan yang dobi gua tawarkan. Nampak mudah tapi bila dah buat baru tau. Dengan panasnya lagi, pula tu siap ada paddle nak kena pijak-pijak. Tu belum lagu sambil gosok nak kena guna ibu jari tekan ada satu suis kat iron tu. Memang leceh. Itu pasal gua cas mahal sikit. Tak la mahal sangat. Lebih 20sen je daripada kedai-kedai dobi lain. Dobi yang kat kawasan sini la. Tempat lain ada yg cas sampai sehelai 2 ringgit pun ada. Huhuhu.

Nak dijadikan cerita ada sorang kakak ni boleh tahan banyak dia nak hantar gosok baju.

"Kalau gosok sehelai berapa dik ?" tanya kakak tu


"Sehelai singgit dua puloh sen...tapi kalau pakai hanger kita tambah lagi 30sen" jawab gua bersahaja


"huish mahal nya kat tempat lain seringgit jer dik" kakak tu cuba melawan


"kami memang dari awal-awal buka dulu terus letak singgit dua kak" balas gua


"ehmm kalau hantar banyak tak boleh kurang ke dik? macam ada dobi tu kalau hantar bawah 10 helai satu singgit...kalao lebih 10 helai jadi 90sen" pancing kakak tu


"sini sama jer kak pasal saya dah tanya TNB kalau guna elektrik lagi banyak lagi dapat kurang ke ? diaorang cakap lagi banyak guna lagi mahal takrifnya" jawab gua sambil sengih-sengih

Terus kakak tu belah.

Gua akui kat kawasan sini dobi gua cas paling mahal untuk iron. Tapi untuk drycleaning ? boleh compare sendiri.

Kejap je lepas tu ada lagi sorang kakak ni hantar baju untuk gosok 70 helai lebih. Bagitau nama, masuk kuantiti, bagi kat akak tu terus dia belah. Alhamdulillah.

2 comments:

The Quolector said...

bro, sori gua bukan nak masuk campur urusan lu.
tp lu kutuk2 customer2 dlm blog, buat assumption semua orang tau pasal jenis2 cucian ni..xsedap la bunyi...
customer lu jugak tu..stop make fun of 'em dlm ni..
just my 2 cent. sori

Bogus said...

hehe takder hal bro...bukan semua yg aku tulis kat blog ni benar2 terjadi/berlaku :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan