Nuffnang

Thursday, June 9, 2011

s i l v e r c h a i r

Seingat gua mula gua dengar lagu daripada band ni masa gua form 2. Seiring dengan Butterfingers. Masa tu memang gua hantu Butterfingers dengan Silverchair. Tak masuk lagi Nirvana. Tapi Nirvana masa tu Kurt Cobain pun dah mati. Jadinya tak boleh la berangan nak layan konsert Nirvana.

Sementelaah layan Butterfingers, gua layan Silverchair. Memang grunge habis masa ni. Dengan Daniel Johns Rambut panjang dressing-dressing grunge lagi. Terbaik bai.

Selain gig Butter, konsert Silverchair adalah salah satu impian gua. Ye lah setakat Butter dalam Malaysia je. Silverchair nak kena pergi Australia satu hal. Tiket konsert dia pula mahal macam mana sekali pun memang cepat betul sold out. Jadinya daripada nak tengok konsert Silverchair dapat pergi Australia pun jadi lah.

Masa sekolah dulu mana ada duit sangat. Jadinya beli kaset je la. Walkman pun pinjam adik gua punya. Walkman ni yang sedih nya boleh si Noni potong dia punya wire earphone. Konon-konon nak potong kaki seluar buat short sekali boleh terpotong sekali wire earphone tu. Nasib baik gua kool pasal bukan gua yang punya. Kah kah kah.

Lepas habis sekolah ada duit lebih baru boleh beli cd. Seingat gua tak semua album Silverchair gua ada cd. Kalau Butter tu yer. Cuma album Transcendence gua ntah malaun mana tibai. Sampai la ni tak jumpa-jumpa lagi. Tapi takpe bagi gua tahap hardcore bukan boleh dibanding dengan banyak mana album yang korang ada.

Gua ada tshirt silverchair sehelai (jangan jeles). Tu pun Chip yang bagi. Eh bukan dia bagi tapi tukar dengan tshirt gua yang lain. Kalau tak silap gua dia siap hangkut 2 helai baju. Gua relaks jer pasal kalau nak dibandingkan dengan tshirt Silverchair tu dia nak hangkut satu almari pun gua no hal. Pernah gak gua macam nak beli tshirt Silverchair ni online tapi gua takut saiz tak kena. Dah la mahal pasal nak kena convert duit, lepas tu kang sampai-sampai je besar semacam. Rugi-rugi. Jadi gua delay kan je pembelian gua ni bila gua sampai Australia nanti.

Kalau nak bagitau lagu mana yang feveret memang susah gua nak cakap. Semua feveret tapi yang paling-paling feveret bagi gua adalah lagu Tomorrow. Memang kalau gua pandai main gitar lagu ni la yang akan selalu gua bawa jamming. Perh tak boleh bayang gua bawa lagi ni sambil head banging.

Satu lagi yang gua respek Silverchair ni adalah lineup diaorang. Daripada wujud sampai sekarang ni band diaorang tak pernah tukar lineup. Itu lah yang main gitar, itu lah yang main bass, itu juga lah yang main drum. Memang sehati sejiwa diaorang ni.

Tapi apakan daya, baru-baru ni diaorang umumkan akan "indefinite hibernation" sehingga diberitahu kelak. Bagi gua kalau dah mula jadi benda-benda macam ni biasanya memang petanda nak berakhir. Sama kes dengan Butterfingers juga. Dan bagi Silverchair ni lagi lah jelas nampak pasal semua dah ada benda lain nak buat. Yang si Ben sibuk dekat studi buat lagu sendiri. Chris pula sibuk dengan bisnes. Frontman Daniel pula dengan soundtrack filem.

Jadinya yang ada cd atau kaset Silverchair tu simpan lah baik-baik ya. Boleh jadi lepas ni tiada lagi album baru daripada Silverchair.

Huhuhu...

Masa muda remaja


Sekarang
Bye...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan